Perpustakaan Cendekiawan anjurkan Perarakan Kenderaan Berhias Jiwa Merdeka Peringkat UiTM Cawangan Terengganu

Tarikh: 7 Ogos 2024, Rabu.
Masa: 8:15 pagi – 1:00 petang
Program: Program Perarakan Kenderaan Berhias Jiwa Merdeka UiTM Cawangan Terengganu

Objektif program:

  • Mewujudkan semangat patriotik dan semangat nasionalisme dalam diri setiap staf dan warga UiTM Cawangan Terengganu sempena Bulan Kemerdekaan.
  • Memupuk dan menyemarakkan semangat kemerdekaan melalui aktiviti yang dijalankan di sekitar kampus UiTM Cawangan Terengganu.
  • Mengeratkan hubungan silaturahim antara warga ketiga-tiga kampus UiTM Cawangan Terengganu.

Ringkasan:
Sempena sambutan bulan kemerdekaan, Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) Kampus Dungun, telah menganjurkan Program Perarakan Kenderaan Berhias Jiwa Merdeka Peringkat UiTMCT. Program ini yang telah disertai oleh 11 buah kontijen dari ketiga-tiga kampus iaitu Kampus Dungun, Bukit Besi, dan Kuala Terengganu, dengan mengetengahkan konsep kitar semula dalam hiasan kenderaan masing-masing. Perarakan kenderaan berhias seperti ini merupakan julung kalinya diadakan di UiTM Cawangan Terengganu. Kontinjen berkumpul seawal 8.00 pagi dari Padang Kawad hingga ke Dewan Aspirasi. Turut berlangsung adalah Sambutan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang yang dirasmikan oleh Prof. Ts. Dr. Mazidah Puteh, Rektor UiTM Cawangan Terengganu. Program ini dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada pelajar-pelajar latihan industri daripada semua unit dan bahagian UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun serta sesi penyampaian hadiah dan saguhati kepada para pemenang Program Perarakan Kenderaan Berhias UiTMCT.

Secara keseluruhannya, program ini telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada semua pihak termasuk Pengurusan UiTMCT yang turut serta mengetuai kontinjen bahagian masing-masing. Program kemudian diakhiri dengan nyanyian lagu-lagu patriotik dan sesi bergambar bersama semua peserta.

Disediakan oleh:
Siti Nuraishah Zulkarnain, Pelajar Praktikal
Asmahani Abdullah, Pustakawan Kanan

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply