MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN KESELAMATAN REKOD NEGERI BIL.1/2024

5 September 2024 : Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Keselamatan Negeri Bil.1/2024 di Bilik Mesyuarat Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar. Mesyuarat ini bermula pada jam 9.00 pagi dengan beberapa agenda penting telah dibincangkan.

Antara agenda utama ialah Pengisytiharan Kepentingan dan Deklarasi Mesyuarat, kata aluan daripada Pengerusi, Prof. Madya Ts Dr. Norhayati Baharun, AMP, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik serta perbincangan mengenai Dasar dan Prosedur, Pengurusan Rekod dan Pengurusan Arkib UiTM Cawangan Perak. Mesyuarat ini turut membincangkan hal-hal lain yang berkaitan dengan keselamatan dan pengurusan rekod di cawangan ini.

Sebagai penutup, mesyuarat ini telah mencapai objektif utamanya dengan membincangkan dan menyelesaikan isu-isu berkaitan pengurusan dan keselamatan rekod di UiTM Cawangan Perak. Diharapkan keputusan dan tindakan yang diambil akan memperkukuhkan sistem pengurusan rekod yang lebih efisien dan selamat pada masa hadapan.

Disediakan oleh: Ahmad Azmil Reza bin Ismail, Pembantu Pustakwan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar.

Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply