BENGKEL ASAS PENJILIDAN OLEH PTAR UiTM KAMPUS SERI ISKANDAR KEPADA STAF INFORMATION RESOURCE CENTRE, UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

5 September 2024: Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah menganjurkan bengkel asas penjilidan kepada Information Resource Centre (IRC) Universiti Teknologi Petronas (UTP). Bengkel ini telah berlangsung pada 15 Ogos 2024 bertempat di Bilik Unit Pemuliharaan Bahan PTAR Perak yang dikendalikan oleh Encik Mohd Eaddy Masrizun bin Nayan, Pembantu Pustakawan Kanan dan dibantu oleh Encik Mohamad Rafizudin bin Zainuddin, Pembantu Pustakawan. Seramai 3 orang wakil dari UTP hadir iaitu Puan Norhayati Abdul Rais dan dua orang staf IRC UTP.

Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk melengkapkan kakitangan UTP dengan kemahiran dan pengetahuan penting yang diperlukan untuk memulihara dan membaiki buku-buku berharga. Latihan ini bertujuan untuk memastikan ketahanan dan kebolehgunaan sumber ini serta membolehkannya dikekalkan untuk jangka masa yang panjang. Pelbagai modul pemuliharaan diperkenalkan semasa bengkel berlangsung.

Modul 1: Asas Pemuliharaan Bahan

Modul 2: Bengkel Hands-On – Teknik Pembaikan

Modul 3: Teknik Pemuliharaan Lanjutan

Modul 4: Strategi Pemeliharaan dan Amalan Terbaik

Secara keseluruhannya bengkel ini berjaya memberikan pendedahan dan pengalaman yang amat berguna kepada para peserta. Ilmu dan pengalaman yang diperolehi staf IRC UTP dapat mempratikkan teknik-teknik pemuliharaan yang dipelajari bagi memelihara bahan-bahan ilmiah di perpustakaan mereka. PTAR berharap agar ilmu yang dikongsi melalui bengkel ini dapat memberi manafaat kepada kakitangan IRC UTP khususnya dalam usaha memulihara bahan-bahan ilmiah

Disediakan oleh: Ahmad Azmil Reza bin Ismail, Pembantu Pustakwan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar.

Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply