Mobile Library@ Kuala Terengganu

Pada 13 Ogos 2024 (Selasa) bermula jam 9.30 pagi sehingga jam 2.00 petang, program Mobile Library telah dilaksanakan di Perkarangan Unit HEP, UiTM Kuala Terengganu bagi menggalakkan warga kampus untuk peminjaman buku-buku yang dibawa dari perpustakaan.

Tujuan program ini diadakan bagi memudahkan staf perpustakaan untuk berinteraksi dengan pengguna dan menerangkan mengenai perpustakaan.

Ia juga menggalakkan pengguna untuk membuat peminjaman buku lebih daripada 2 naskhah buku mendapat hadiah yang menarik.

Semoga program yang dilaksanakan ini dapat memberi lebih pendedahan kepada warga kampus mengenai perkhidmatan di perpustakaan. Di samping itu, menyokong dan menyeru warga kampus dalam Kempen Galakan Membaca dan menyokong kepada sasaran Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG ke-4 iaitu Pendidikan Berkualiti. 

Penulis: Puan Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply