25 Julai 2024 : Unit Pengurusan Rekod dan Arkib telah mengadakan taklimat Pengurusan Rekod dan Arkib UiTM Cawangan Perak kepada pelajar Latihan Industri dari Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Cawangan Kedah. Taklimat ini diadakan pada 24 Julai 2024 bertempat di bilik mesyuarat Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar dan disampaikan oleh Puan Nur Aqilah binti Rusli, Pustakawan Kanan PTAR.
Taklimat ini dirancang khusus untuk memperkenalkan pelajar kepada asas pengurusan rekod dan arkib serta amalan terbaik yang digunakan dalam Industri arkib. Pelajar diberikan panduan tentang cara mengendalikan dokumen dengan berkesan, memastikan rekod disimpan dengan betul dan dapat diakses apabila diperlukan, serta memahami kepentingan arkib dalam menjaga integriti dan sejarah maklumat organisasi.
PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar komited untuk memastikan pelajar latihan industri kami dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang relevan untuk menghadapi cabaran dalam dunia profesional. Taklimat Pengurusan Rekod dan Arkib ini adalah salah satu usaha kami dalam mempersiapkan pelajar untuk menjadi tenaga kerja yang berdaya saing dan berpengetahuan luas.
Disediakan oleh: Ahmad Azmil Reza bin Ismail, Pembantu Pustakwan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar