Program Meet & Greet PTAR (Libat Urus) bersama Pusat Pengajian Siswazah (PPS) UiTM Cawangan Perak.

9 Julai 2024 : Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah mengadakan program Meet & Greet PTAR (Libat Urus) bersama Pusat Pengajian Siswazah (PPS) UiTM Cawangan Perak. PTAR telah diketuai oleh Puan Siti Basriyah binti Shaik Baharudin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan dan Pusat Pengajian Siswazah UiTM Cawangan Perak telah diketuai oleh Profesor Madya Dr. Suraya Masrom.

Program ini telah berlangsung di bilik Perbincangan Pusat Siswazah UiTM Cawangan Perak pada 4 Julai 2024 pukul 10.00 pagi. Pelbagai perkara telah dibincangkan secara dua hala seperti koleksi Perpustakaan (Fizikal & Atas Talian), perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan dan sesi collaborative teaching. Objektif program ini adalah untuk menjalinkan hubungan baik dan kerjasama diantara PTAR dan Pusat Pengajian Siswazah UiTM Cawangan Perak. Selain itu pertemuan ini turut membincangkan berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan.

PTAR berharap inisiatif ini akan membawa manfaat yang besar kepada semua pihak terlibat dan seterusnya menyokong visi dan misi UiTM Cawangan Perak dalam bidang akademik dan penyelidikan.

Disediakan oleh: Ahmad Azmil Reza bin Ismail, Pembantu Pustakwan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply