Mobile Library @PKEJ di Pusat Kerjaya & Kaunseling, UiTM Shah Alam

Selasa, 24 Muharam 1446H, 30 Julai 2024 Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan (PKEJ) telah mengadakan Program Pembudayaan Ilmu: Mobile Library yang bertempat di Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Kompleks Budisiswa, UiTM Shah Alam. Program ini telah berlangsung dari jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan telah disertai oleh 25 orang kakitangan daripada Pusat Kerjaya dan Kaunseling dan 6 orang staf PKEJ. Antara program yang telah dipromosikan adalah:

Perkhidmatan Book Delivery Service

Perkhidmatan peminjaman dan pemulangan bahan perpustakaan

Keahlian luar

Perkhidmatan-perkhidmatan lain yang tersedia di PKEJ

Beberapa naskhah buku bacaan umum seperti novel dan buku kaunseling telah dibawa ke program ini dan sedikit cenderahati telah diberikan kepada kakitangan yang membuat pinjaman pada hari tersebut. Ingin kami ke tempat anda? Sila hubungi:

Puan Masnida Hanim binti Che Mahmood

Pustakawan Kanan

idahanim@uitm.edu.my 

atau

Encik Mohd Farid bin Mohamed Said

Pembantu Pustakawan Kanan

mfarid425@uitm.edu.my

Jumpa anda di lokasi akan datang!

Masnida Hanim Che Mahmood PTAR Shah Alam

Leave a Reply