Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib Bersama Bahagian/PTJ: Taklimat Penggunaan Basic NAS STORAGE:SYNOLOGY DISKSTATION DS920+ (ProMADT 2024 ) – Pejabat Polis Bantuan UiTMCT Kampus Dungun 

Tarikh: 30 Julai 2024,Selasa
Program: Sesi Libat  Urus Pengurusan Rekod dan Arkib Bersama Bahagian/PTJ: Taklimat Penggunaan Basic NAS Storage: Synology Diskstation DS920+ (ProMADT 2024) bersama Unit Polis Bantuan
Tempat: Makmal Ibnu Saffar Perpustakaan Cendekiawan
Anjuran: Unit Arkib, UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT)

Ringkasan:
Sesi taklimat dan perkongsian selama dua jam bermula 10.00 pagi ini disampaikan oleh Encik Md Kamil Ibrahim, Pustakawan Kanan, dan dihadiri seramai lima orang staf Unit Polis Bantuan UiTMCT diketuai oleh ASP/PB Tuan Suhadi Ismail,Pegawai Keselamatan. Turut serta ialah Puan Sarah Syazwani binti Shah Kamarrudin, Pegawai Teknologi Maklumat Kanan.

Program libat urus ini melibatkan perkongsian ilmu yang dilaksanakan khusus untuk Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan(PTRJ) di semua bahagian/PTJ UiTMCT, dengan pengisian utama iaitu perkongsian Penggunaan Basic NAS Storage: Synology Diskstation DS920+ (ProMADT 2024) yang berkaitan dengan pengurusan rekod seperti memantau penjagaan dokumen, penyimpanan dokumen, dan memastikan rekod yang diwujudkan, diselenggara, dan dilupuskan mengikut dasar, prosedur dan piawaian yang telah ditetapkan. Penggunaan Basic NAS Storage secara optimum juga merupakan salah satu inisiatif dalam perancangan strategik untuk merealisasikan penggunaan dokumen secara digital di UiTMCT.

Diharapkan dengan program perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada warga UiTMCT dalam pengurusan dokumen/fail yang lebih efisyen dan mudah dicapai apabila diperlukan.

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply