Program Misi Akademik UiTMCT: Lawatan dari Kolej Vokasional Kuala Berang

Tarikh: 1 Ogos 2024, Khamis.

Program: Program Misi Akademik UiTM Cawangan Terengganu – Lawatan Pelajar Kolej Vokasional Kuala Berang ke Perpustakaan Cendekiawan

Ringkasan:

Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) telah menerima kunjungan lawatan daripada 20 orang pelajar Kolej Vokasional Kuala Berang, Hulu Terengganu, dan diiringi oleh 8 orang guru. Delegasi lawatan telah dibawa bersama melihat persekitaran perpustakaan sambil diberi penerangan oleh Cik Asmahani Abdullah, Pustakawan Kanan, Unit Perkhidmatan Perpustakaan.

Program Misi Akademik adalah merupakan program yang dikendalikan oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik yang mengendalikan sebarang lawatan akademik dari sekolah, kolej, universiti dan lain-lain agensi ke kampus UiTMCT. Antara slot program yang disediakan ialah lawatan ke perpustakaan bagi memberi pendedahan kepada delegasi rombongan lawatan mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di universiti bagi menyokong proses pembelajaran,pengajaran, penyelidikan, mahupun inovasi.

Pihak perpustakaan sentiasa mengalu-alukan kunjungan pelajar sekolah, mahasiswa universiti mahupun komuniti untuk berkunjung ke perpustakaan UiTMCT untuk menggunakan kemudahan, perkhidmatan, mahupun merujuk koleksi sumber rujukan yang disediakan.

Semoga segala maklumat yang disampaikan dapat memberi manfaat serta meningkatkan semangat para pelajar Kolej Vokasional Kuala Berang untuk belajar dengan lebih gigih sehingga dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kelak.

Selamat maju jaya!

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply