Lawatan Kerja PTAR UiTM Cawangan Melaka ke Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)

31 Julai 2024, Rabu – PTAR UiTM Cawangan Melaka telah menjalankan lawatan kerja ke Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) yang diketuai oleh Encik Norhazlan Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, bersama 5 orang wakil staf PTAR UiTM Cawangan Melaka.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama dan meningkatkan kualiti perkhidmatan PTAR melalui perbincangan berkaitan perkembangan industri penerbitan buku, program kolaborasi, dan perkongsian kepakaran. Selain itu, ia juga merangkumi gerakan membaca serta inisiatif untuk meningkatkan kesedaran dan minat terhadap budaya membaca di kalangan masyarakat, khususnya warga UiTM. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Nor Azanizan bin Anawar, Pengurus Pembangunan Perniagaan yang mewakili pihak ITBM.

PTAR UiTM Cawangan Melaka amat menghargai input serta cadangan yang diberikan oleh pihak ITBM sepanjang kunjungan ini. Lawatan kerja ini diharapkan dapat membawa manfaat besar dan memberi impak positif kepada perkhidmatan PTAR serta memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua institusi.

Maklumat lanjut : https://www.facebook.com/photo/?fbid=3812700602348641&set=pcb.3812704595681575

Ditulis oleh : Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply