5 Julai 2024, Jumaat – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah mengadakan Sesi Libat Urus PTAR bersama Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Cawangan Melaka. Program ini telah dijalankan secara bersemuka pada jam 9.00 pagi – 11.30 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Program telah dihadiri oleh Profesor Madya Dr. Abdul Rauf Hj. Ridzuan, Ketua Pusat Pengajian, Puan Siti Nur Farrah Faadiah Ab. Ghani, Koordinator Fakulti dan Dr. Mohamad Hafifi Jamri, Pensyarah Kanan. Sesi libat urus diketuai oleh En. Norhazlan Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan bersama 5 orang staf PTAR UiTM Cawangan Melaka.
Objektif Sesi Libat Urus adalah :
- Menjalinkan hubungan baik dan kerjasama di antara PTAR dan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah.
- Mempromosikan perkhidmatan PTAR UiTM Cawangan Melaka.
- Membincangkan dan mendapatkan maklumbalas berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan.
- Perbincangan dua hala kerjasama antara PTAR dan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Cawangan Melaka.
Intipati daripada perjumpaan dua hala ini, membincangkan beberapa perkara yang melibatkan kerjasama strategik di antara PTAR dan Fakulti, membincangkan berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan, khususnya keperluan para pensyarah dan pelajar, penyerahan bahan harta intelek hasil dari penerbitan Fakulti serta perancangan program kerjasama yang bukan sahaja melibatkan pensyarah tetapi menyumbang kepada peningkatan literasi maklumat para pelajar.
Hasil dari Libat Urus ini, dapat mempromosikan perkhidmatan terkini PTAR dalam menyokong usaha pembudayaan ilmu, penyelidikan dan perkongsian pengetahuan serta meningkatkan ketampakan PTAR dalam menyumbang kepakaran kepada warga universiti.
PTAR UiTM Cawangan Melaka mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media di atas kesudian hadir. Kami komited untuk terus menyokong keperluan akademik dan penyelidikan warga UiTM. Terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua.
Maklumat lanjut : https://www.facebook.com/photo/?fbid=3792412567710778&set=pcb.3792415521043816