Bicara Bersama Pakar : Kenali Kebimbangan dan Kemurungan

05 Jun 2024, Rabu telah berlangsung Program Bicara Bersama Pakar : Kenali Kebimbangan dan Kemurungan anjuran Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu bersama Unit Pentadbiran, Mega Festival 2.0 (MeCFest) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Bicara Pakar ini dikendalikan oleh En Mohd Tajul Zaman Bin Tajuddin, Pembantu Tadbir, Unit Pentadbiran. Perkongsian ini disampaikan oleh Dr. Muhammad Izzuddin bin Mohd Rosaimi, Pakar Psikiatri, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang dilaksanakan secara bersemuka di Ruang Bacaan Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu dan atas talian melalui Facebook dan Youtube.

Program ini membicarakan tentang kebimbangan dan kemurungan dalam kehidupan yang dialami oleh seseorang. Pelbagai kaedah dan teknik yang dapat dikenalpasti oleh individu sekiranya berlaku kemurungan dalam diri dan orang sekeliling. Sekiranya, kemurungan yang dialami amat serius, diminta untuk merujuk di hospital yang berdekatan.

Program ini turut menjemput sekolah-sekolah sekitar Kuala Terengganu antaranya Sekolah Menengah KebangsaanProgram ini turut menjemput sekolah-sekolah sekitar Kuala Terengganu antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan Chendering, Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Negara, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansor dan Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin.

Pengisian program yang disampaikan selama dua jam mendapat maklumbalas yang baik dari peserta terutamanya warga UiTM. Turut hadir pada perkongsian ini ialah Dr Syahrul Hezrin, Penolong Rektor UiTMCT Kampus Kuala Terengganu sebagai tanda sokongan.

Semoga perkongsian ini dapat membantu para penonton untuk mengenalpasti kebimbangan dan kemurungan dalam diri kita.

Disediakan oleh: Puan Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply