Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib: Lawatan dan Khidmat Runding Pelupusan Rekod Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Terengganu

Unit Arkib UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT), dengan kerjasama pihak Unit Rekod, Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA) UiTMCT Kampus Dungun, telah menerima kunjungan daripada wakil Jabatan Arkib Negara Malaysia (ANM) Negeri Terengganu pada 19hb Mei 2024 (Ahad). Pihak Jabatan Arkib Negara Malaysia (ANM) Negeri Terengganu telah diwakili oleh dua (2) orang staf iaitu Puan Suhaini Akma binti Ibrahim (Pembantu Arkib) dan Puan Yasmy binti Yahya (Pembantu Pemuliharaan) serta seorang pelajar latihan industri.

Antara maklumat dan pengisian yang dijalankan ialah sesi taklimat dan penerangan mengenai borang permohonan bagi pelupusan fail yang berkaitan dan tatacara pelupusan rekod Fail Peribadi Pelajar mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak ANM.

Sesi lawatan tersebut bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.15 tengah hari. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Arkib Negara Malaysia (ANM) Negeri Terengganu dan Unit Rekod, Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA) UiTMCT Kampus Dungun atas kerjasama yang sangat baik sepanjang sesi lawatan ini.

Disediakan oleh: Cik Lailatul Akma bt.Omar, Pembantu Pustakawan.

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply