Proses Penerimaan Rekod penting Universiti: Fail Peribadi Pelajar UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun

Unit Arkib UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) telah mengadakan satu gotong-royong penerimaan rekod penting universiti bertempat di Bangunan Karah 14, Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA) UiTMCT pada 29 Mei 2024 (Rabu) yang lalu. Aktiviti ini telah diketuai oleh Encik Md Kamil bin Ibrahim (Pustakawan Kanan) bersama lima (5) orang staf.

Sebanyak 76 buah kotak fail yang mengandungi 1,469 buah rekod Fail Peribadi Pelajar dalam bentuk fizikal telah dibuat proses penerimaan dan dibawa ke Unit Arkib UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) di Perpustakaan Cendekiawan untuk didigitalkan dan dimuat naik ke dalam Archive Management System (AMS). Pemindahan rekod fail tersebut dilaksanakan dengan menggunakan kenderaan UiTM dari Bangunan Karah 14 ke Perpustakaan Cendekiawan.

Sebarang carian bahan arkib universiti boleh diakses melalui Sistem Online Finding Archives (OFA) melalui link: https://ams.uitm.edu.my/ofa/

Disediakan oleh: Cik Lailatul Akma bt. Omar, Pembantu Pustakawan.

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply