Pertandingan Tenpin Bowling Antara Staf Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu

Buat julung kalinya, Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu telah menganjurkan Pertandingan Tenpin Bowling Antara Staf Perpustakaan bertempat di Coral Crown Bowl, Paya Bunga Sentral Kuala Terenggan, pada 30 Mei 2024, Khamis yang lalu. Program ini merupakan satu inisiatif Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu bagi menyemarakkan semangat kerjasama dan mengeratkan silaturahim antara staf perpustakaan, di samping untuk mewujudkan keseimbangan tekanan bekerja dengan aktiviti riadah yang lebih santai.

Seramai dua puluh tujuh orang staf perpustakaan yang terdiri daripada ketiga-tiga kampus; Dungun,Kuala Terengganu dan Bukit Besi, telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Peserta yang mengambil bahagian telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan perlu menamatkan sebanyak tiga kali permainan. Setiap pasukan diwakili seramai empat orang pemain dan perlu menamatkan tiga permainan dalam pertandingan yang berlangsung selama tiga jam bermula jam 10 pagi untuk merebut gelaran Juara Pertandingan Tenpin Bowling Antara Staf Perpustakaan UiTMCT 2024.

Senarai pemenang adalah seperti berikut:-

Johan : Kumpulan 3 (Jatuhan Pin sebanyak 1,209)
Naib Johan : Kumpulan 2 (Jatuhan Pin sebanyak 1,170)
Ketiga : Kumpulan 6 (Jatuhan Pin sebanyak 1,163)

Pemain Lelaki Terbaik: En. Ahmad Nik Kamal bin Nik Wadi
Pemain Wanita Terbaik: Puan Nor Azimahwati Aris
Pemain Paling Bergaya: En. Ahmad Faiz bin Mohd Lazim
Ketua Kumpulan Terbaik: Puan Hafsah bt.Mustafa

Selain hadiah kemenangan pertandingan, turut disediakan ialah saguhati cabutan bertuah dan ianya telah disampaikan oleh Encik Shahrol Nizam bin Johol, Timbalan Ketua Pustakawan. Maklumbalas yang baik serta komitmen yang padu daripada semua yang hadir merupakan faktor utama program ini dapat dijayakan dengan baik dan berjalan dengan lancar. Semoga program ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang dan menjadi salah satu inisiatif bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara staf perpustakaan.

Disediakan oleh: En. Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply