Lawatan Holy Cross of Davao College, Filipina

30 April 2024: Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah menerima delegasi antarabangsa melibatkan 10 kakitangan akademik serta 18 orang pelajar daripada Holy Cross of Davao College, Filipina. Delegasi ini telah diiringi oleh Dr. Daljeet Singh Sedhu A/L Janah Singh, Koordinator Unit Hal Ehwal Antarabangsa UiTM Global Cawangan Perak dan disambut oleh Puan Siti Basriyah binti Shaik Baharudin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan PTAR Cawangan Perak.

Pada sesi lawatan yang berlangsung lebih kurang 1 jam ini, Puan Siti Basriyah binti Shaik Baharudin telah memberikan penerangan tentang perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh PTAR bagi tujuan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di UiTM. Delegasi juga diberikan pendedahan tentang pangkalan data atas talian (PDAT) yang digunakan oleh PTAR. Lawatan ini dapat memberi impak positif dalam usaha mempromosikan dan menaikkan nama PTAR di peringkat antarabangsa.

Disediakan oleh: Ahmad Azmil Reza bin Ismail, Pembantu Pustakwan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply