Pada 18 April 2024, Khamis – Telah berlangsungnya Majlis Hari Kemuncak Inovasi UiTM Cawangan Kelantan 2023 di Dewan Professional UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) Kampus Machang. Majlis Hari Kemuncak lnovasi UiTMCK merupakan majlis tahunan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada staf UiTMCK yang telah memberikan sumbangan dan sokongan dalam memastikan usaha UiTMCK mencapai kecemerlangan sepertimana keperluan Standard COPIA 3.1. 7 (The academic staff must be evaluated at defined intervals and rewarded for their performance based on their academic responsibilities and scholarly activities).
Bagi tahun ini, majlis ini telah dianjurkan oleh Akademi Pengajian Bahasa bersama Perpustakaan Tengku Anis yang bertemakan “Bekwoh Lebaran@Inovasi” serta turut menggabungkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UiTM Cawangan Kelantan 2024. Majlis ini turut dihadiri bersama delegasi dari Quanzhou Vocational and Technical University (QVTU) China yang hadir untuk menandatangani Lol antara UiTM dan QVTU.
Ketibaan VVIP dan delegasi dari Quanzhou Vocational and Technical University (QVTU), China telah disambut oleh Pengurusan Kanan UiTMCK dan dibawa ke Holding Room untuk tandatangan buku pelawat. Majlis dimulai dengan acara pemakaian tanjak Batik Kemuning & pelancaran rekaan terkini Batik Kemuning UiTMCK oleh Prof. Datuk Dr. Shahrin bin Sahib@Sahibuddin (Naib Canselor UiTM) di hadapan pintu masuk dewan.
Majlis seterusnya dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku & Wawasan Setia Warga UiTM dan persembahan seni silat tari daripada pelajar. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Rektor UiTM Cawangan Kelantan iaitu YBhg. Prof. Dr. Haji Abdol Samad Nawi dan ucapan perasmian oleh Prof. Datuk Dr. Shahrin bin Sahib@Sahibuddin (Naib Canselor UiTM).
Majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian anugerah dan sebanyak 12 anugerah telah disampaikan kepada para penerima. Beberapa orang staf PTA turut menerima anugerah pada majlis tersebut antaranya adalah bagi:
- Anugerah Staf Contoh 2023 & Anugerah Khas Rektor 2023
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022
Majlis diakhiri dengan bacaan ikrar kualiti UiTM, penyampaian sumbangan kepada pelajar yang terlibat dalam bencana kebakaran, penyampaian cenderahati kepada VC dan sesi bergambar.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah bagi majlis ini terutamanya kepada staf PTA dan diharapkan agar terus kekalkan kecemerlangan dan sentiasa berdedikasi dalam menjalankan tugas. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Berkat usaha dan komitmen semua ahli jawatankuasa, majlis kemuncak inovasi ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Pautan buku program: https://qr.library.uitm.edu.my/MKHinovasiUiTMCK2023
Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang