Sesi Libat Urus PTAR bersama Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perakaunan (FPN)

UiTM Cawangan Melaka.

17 Mei 2024, Jumaat – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah mengadakan Sesi Libat Urus PTAR bersama Ketua Pusat Pengajian, Fakulti Perakaunan (FPN), UiTM Cawangan Melaka. Program ini telah dijalankan secara bersemuka bermula 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Program ini telah dihadiri oleh Dr. Sharifah Norhafizah Syed Ibrahim, Ketua Pusat Pengajian (KPP), Cik Siti Aisyah Basri, Program Koordinator Prasiswazah, Fakulti Perakaunan (FPN), UiTM Cawangan Melaka bersama 4 orang staf Perpustakaan  UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah.

 Objektif Sesi Libat Urus ini adalah :

  1. Menjalinkan hubungan baik dan kerjasama di antara PTAR dan Fakulti Perakaunan (FPN), UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah.
  2. Mempromosikan perkhidmatan PTAR UiTM Cawangan Melaka.
  3. Membincangkan dan mendapatkan maklumbalas berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan.
  4. Perbincangan dua hala kerjasama antara PTAR dan Fakulti Perakaunan (FPN), UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah.

Sesi Libat Urus ini dikendalikan oleh Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan bersama Puan Maznah Maarof, Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Sesi dimulakan dengan Taklimat Tadbir Urus Pengurusan PTAR UiTM Cawangan Melaka, hala tuju PTAR bagi tahun 2024, pembentangan Unit Perkhidmatan Perpustakaan Digital dan Perkhidmatan Sokongan Penyelidikan, Pembelajaran dan Rujukan yang disampaikan oleh Cik Hazlin Ibrahim Khan, diikuti sesi pembentangan dari Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi yang disampaikan oleh Puan Maznah Maarof. Taklimat diakhiri dengan perbincangan dua hala antara Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Fakulti Perakaunan, di mana kedua-dua belah pihak terlibat telah mengutarakan beberapa pandangan dan cadangan bagi kemajuan bersama.

Intipati daripada perjumpaan dua hala ini, membincangkan beberapa perkara yang melibatkan kerjasama strategik di antara PTAR dan Fakulti, membincangkan berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan, khususnya keperluan para pensyarah dan pelajar serta lantikan sebagai Pegawai Perhubungan PTAR 2024/2026.

Hasil dari Libat Urus ini, dapat mempromosikan perkhidmatan terkini PTAR dalam menyokong usaha pembudayaan ilmu, penyelidikan dan perkongsian pengetahuan serta meningkatkan ketampakan PTAR dalam menyumbang kepakaran kepada warga kampus.

PTAR UiTM Cawangan Melaka mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Fakulti Perakaunan (FPN) di atas kesudian hadir di dalam sesi libat urus ini.

Sekitar sesi libat urus sedang dijalankan

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan. PTAR Kampus Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply