Program Bicara Berkat dan Majlis Penghargaan Muzakki

15 Mei 2024, Khamis – PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah dengan kerjasama Unit Waqaf, Zakat dan Infaq (EL-WAZIF), UiTM Cawangan Melaka telah menganjurkan Program Bicara Berkat dan Majlis Penghargaan Muzakki di Ruang Library Community Engagement (LCE), PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, pada 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

Antara aktiviti menarik sepanjang program berlangsung:

1. Forum Bicara Zakat dengan tajuk Waqaf dan Zakat, Membawa Berkat

2. Pertandingan “Spell It Right In Jawi”

3. Majlis Penghargaan Muzakki dan Perasmian Etiqa AZKA-PPZ Corner

4. Reruai Jom Tunai Zakat Bersama UiTM Melaka dari Unit Waqaf, Zakat dan Infaq, UiTM Cawangan Melaka (El-WAZIF)

5. Reruai Tabung Haji, Alor Gajah, Melaka

Program ini telah dirasmikan oleh Professor Madya Ts. Dr. Mohd Rasdi Zaini, Rektor, UiTM Cawangan Melaka di AZKA-PPZ Corner, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah pada jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang. Majlis diserikan lagi dengan ucapan dari  Encik Muhsin Nor Paizan, Pengurus Akademi Zakat (AZKA-PPZ) serta Encik Rosli bin Taib, yang menjalankan fungsi Pengarah Wilayah Selatan merangkap Pengurus Cawangan Melaka.

Keseluruhannya, program ini mendapat maklumbalas yang sangat positif dari pihak Pengurusan Tertinggi UiTM Cawangan Melaka. Ruang hasil sumbangan ini bukan sahaja akan menyediakan perkhidmatan yang komprehensif dan mesra pengguna tetapi juga akan menjadi sumber rujukan utama untuk pelbagai maklumat berkaitan zakat, wakaf, dan inisiatif kebajikan lain.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan usaha murni ini. Semoga kita dapat membina komuniti yang lebih sejahtera, di mana nilai-nilai kebersamaan dan tanggungjawab sosial dipupuk dan diamalkan secara berterusan.

Sekitar Forum Bicara Zakat dengan tajuk Waqaf dan Zakat, Membawa Berkat sedang dijalankan

Sekitar Pertandingan “Spell It Right In Jawi” sedang dijalankan

Sekitar Majlis Penghargaan Muzakki dan Perasmian Etiqa AZKA-PPZ Corner sedang dijalankan

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan. PTAR Kampus Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply