21 Mei 2024 – Perpustakaan Tengku Anis (PTA) dengan kerjasama Perpustakaan Dhoobaale , Universiti SIMAD Somalia telah menganjurkan International Webinar: Research Publication for University Ranking secara atas talian melalui siaran langsung saluran YouTube rasmi Perpustakaan Tengku Anis. Universiti SIMAD adalah antara universiti tersohor di Somalia yang semakin pesat berkembang pencapaian akademik dan perpustakaan universiti SIMAD mempunyai jaringan persahabatan dengan PTA.
Program ini merupakan program kolaborasi yang ketiga antara PTA dan Perpustakaan Dhoobaale SIMAD dan untuk webinar kali ini tajuknya adalah International Webinar: Research Publication for University Ranking yang telah dikongsikan oleh Prof. Dr. Faridah Hassan, UiTM Global Resident Reviewer.
Objektif webinar ini adalah:
- Menjalin hubungan jaringan ilmu dengan perpustakaan akademik antarabangsa
- Mengetengahkan kepakaran dalaman UiTM di persada global
- Menganjur program akademik dalam isu penerbitan penyelidikan dan penarafan universiti
Webinar dimulai dengan ucapan pembukaan oleh moderator iaitu Dr. Muslim Ismail, Pustakawan Kanan dan diteruskan dengan perkongsian oleh Prof. Dr. Faridah Hassan dan diakhiri dengan sesi soal jawab oleh penonton. Pihak PTA amat berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama dengan Perpustakaan Universiti SIMAD buat kali ketiga ini dan diharap kerjasama ini dapat diteruskan lagi bagi webinar yang lain.
Pautan rakaman siaran langsung: https://www.youtube.com/watch?v=dN1xQjsNBrM
Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang