Sesi Libat Urus Perpustakaaan Bersama Program Pengajian UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun telah mengadakan Sesi Libat Urus Perpustakaan UiTM Cawangan Terengganu bersama Program Pengajian UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) melibatkan semua fakulti yang ditawarkan di UiTMCT Kampus Dungun di sepanjang April dan Mei 2024. Di samping memenuhi keperluan PI 1 PUiTM: Bilangan Libat Urus Bersama Program Pengajian Universiti.

Program Pengajian seluruh kampus UiTM, pelaksanaan sesi libat urus ini dilihat sebagai satu inisiatif positif pihak Perpustakaan UiTM untuk bersua serta memberi penerangan secara bersemuka kepada wakil-wakil peneraju program pengajian di UiTM dengan pengisian berkenaan perkhidmatan terkini perpustakaan yang ditawarkan. Di UiTMCT, penglibatan sesi libat urus bersama program pengajian ini telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Perpustakaan Cendekiawan mensasarkan Ketua Pusat Pengajian, Ketua Program, Lecturer-In-Charge, dan Resource Person setiap program agar pengisian yang disampaikan disebarluas kepada para pelajar dan warga fakulti keseluruhannya.

Antara sesi yang telah dilaksanakan ialah:-

Sesi Libat Urus Perpustakaan bersama Pengajian Kejuruteraan Elektrik
Tarikh: 17 April 2024, Rabu
Masa: 2.30 petang hingga 5.00 petang

Sesi Libat Urus Perpustakaan bersama Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan
Tarikh: 18 April 2024, Khamis
Masa: 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari

Sesi Libat Urus Perpustakaan bersama Akademi Pengajian Islam Kontemporari
Tarikh: 25 April 2024, Khamis
Masa: 10.30 pagi hingga 1.15 tengah hari

Sesi Libat Urus Perpustakaan bersama Akademi Pengajian Bahasa & Undang-undang
Tarikh: 7 Mei 2024, Ahad
Masa: 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari

Sesi Libat Urus Perpustakaan bersama Fakulti Pengurusan & Perniagaan
Tarikh: 19 Mei 2024, Ahad
Masa: 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari

Selain pembentangan daripada ketua-ketua unit perpustakaan, perbincangan secara santai bersama pihak fakulti bagi mendapatkan maklumbalas juga diadakan untuk sama-sama mendapat manfaat dalam menyokong kecemerlangan pembelajaran, pengajaran, penulisan, dan penyelidikan universiti.

Amatlah diharapkan agar segala pengisian dan hasil perbincangan bersama dalam sesi libat urus ini dapat memberi manfaat dan meningkatkan lagi penglibatan fakulti/program pengajian universiti dalam menggunakan sumber rujukan, kemudahan, dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan pada masa akan datang untuk kecemerlangan akademik graduan UiTM Cawangan Terengganu khususnya.  Semoga sokongan dan semangat kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang dan mendapat keberkatan Allah S.W.T jua.

Disediakan oleh: Asmahani Abdullah, Pustakawan Kanan

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply