Pameran Kerjaya @AGC (Attorney General Chambers) di PTAR Undang-Undang (PUU), UiTM Shah Alam

Pada 08 Mei 2024 telah berlangsung Pameran Kerjaya @AGC di PTAR Undang-Undang (PUU) bersempena Siri Program Green Harvest yang dianjurkan oleh Jabatan Peguam Negara dengan kerjasama Fakulti Undang-Undang, UiTM Shah Alam. Pameran di bawah seliaan Perpustakaan Abu Yusuf Yaakub Al-Khindi, Jabatan Peguam Negara ini merupakan salah satu susulan aktiviti kolaborasi bersama Fakulti Undang-Undang dan PTAR Undang-Undang.

Sepanjang pameran ini berlangsung, pelajar-pelajar telah berpeluang melihat sendiri fizikal buku-buku rujukan asal Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, salinan Perlembagaan Malaysia, “White Book”, “Red Commission” dan sebagainya. Penerangan disampaikan oleh En. Mohd Haris bin Kasim (Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan (Seksyen Pusat Sumber), En. Mohamad Zaki bin Yusof (Ketua Penolong Pengarah), En. Huzaizi bin Hamzah (Penolong Pustakawan) dan En. Mohd Hameme bin Karim (Pembantu Pustakawan). Hampir 100 orang pelajar telah mengunjungi pameran ini.

PTAR Undang-Undang sangat menghargai kerjasama yang terjalin dan semoga pembudayaan ilmu ini bermanfaat kepada pelajar khususnya dan warga UiTM amnya.

Hanani Rojikin PUU Shah Alam

Leave a Reply