Khamis,
9 Syawal 1445H,
18 April 2024M:
Kunjungan Hormat ke atas Dato’ Seri Utama Mufti Selangor Y.A.D. Dato’ Setia Profesor Madya Dr. Haji Anhar bin Haji Opir telah diadakan pada:
Tarikh: 18 April 2024 (Khamis)
Masa: 9:00 pagi – 12:15 petang
Lokasi: Pejabat Mufti Negeri Selangor
Intipati perbincangan bersama Dato’ Seri Utama Mufti Selangor ialah:
- Pembangunan koleksi digital Jawi Jabatan Mufti Negeri Selangor.
- Pembangunan sistem FAQ bagi Fatwa Guide dan Falaq Guide.
- Pembangunan Repositori Koleksi Jabatan Mufti Negeri Selangor.
- Perkongsian ilmu menerusi Bicara Ilmu@PTAR bersama Dato’ Seri Utama Mufti Selangor.
Ts Haji Azizi turut dibawa melawat ke Maktabah (Pusat Sumber) Jabatan Mufti Negeri Selangor yang mengandungi sejumlah 7,000 naskah bahan.


Dato’ Seri Utama Mufti Selangor Y.A.D. Dato’ Setia Profesor Madya Dr. Haji Anhar bin Haji Opir














