26 Mac 2024, Selasa – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah mengadakan Sesi Libat Urus PTAR bersama Ketua Pusat Pengajian, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Cawangan Melaka. Program ini telah dijalankan secara bersemuka bermula 2.30 petang sehingga 3.30 petang, bertempat di Pejabat Utama, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Program ini telah dihadiri oleh Dr. Sharmiza Abu Hassan, Ketua Pusat Pengajian, Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK), UiTM Cawangan Melaka, bersama 3 orang staf Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka.
Objektif Sesi Libat Urus ini adalah :
- Menjalinkan hubungan baik dan kerjasama di antara PTAR dan Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah.
- Mempromosikan perkhidmatan PTAR UiTM Cawangan Melaka.
- Membincangkan dan mendapatkan maklumbalas berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan.
- Perbincangan dua hala kerjasama antara PTAR dan Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah.
Sesi Libat Urus diketuai oleh Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan, bersama Puan Roslinah Harun, Pembantu Pustakawan Kanan dan Puan Nur Atikah Mauzan, Pembantu Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Sesi di mulakan dengan perbincangan dua hala antara Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK), UiTM Cawangan Melaka di mana kedua-dua belah pihak terlibat telah mengutarakan beberapa pandangan dan cadangan bagi kemajuan bersama.
Inti pati daripada perbincangan dua hala ini, membincangkan beberapa perkara yang melibatkan kerjasama strategik di antara PTAR dan Kolej Pengajian Seni Kreatif dalam meningkatkan literasi maklumat melalui program-program yang dijalankan secara bersasar oleh kedua belah pihak, menjalinkan kerjasama strategik dalam memenuhi keperluan pelajar, lantikan sebagai Pegawai Perhubungan PTAR 2024/2026, perancangan dalam melaksanakan beberapa program serta perkhidmatan kepada pelajar dan pensyarah, pameran hasil karya kreatif pelajar serta cadangan bahan sumber rujukan fakulti.
Hasil dari Libat Urus ini, dapat mempromosikan perkhidmatan terkini PTAR dalam menyokong usaha pembudayaan ilmu, penyelidikan dan perkongsian pengetahuan serta meningkatkan ketampakan PTAR dalam menyumbang kepakaran kepada warga kampus.
PTAR UiTM Cawangan Melaka mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) di atas kesudian hadir di dalam sesi libat urus ini.
Sekitar Sesi Libat Urus sedang dijalankan
Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan. PTAR Kampus Cawangan Melaka