Tajuk : Program Suntikan Nurani @PAB : Mengatasi Burnout Dalam Diri.
Tarikh : 6 Mac 2024 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat : Library Community Engagement (LCE), Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka
Program bertemakan kerohanian dan motivasi diri ini adalah merupakan program pembudayaan ilmu dan perkongsian pengetahuan / wakaf ilmu yang melibatkan semua warga UiTM dan orang awam dalam program menambah lagi pengetahuan pengetahuan kerohanian di kalangan semua warga UiTM.
Oleh yang demikian, Perpustakaan Al-Bukhari telah mengambil inisiatif menjalankan program secara bersemuka dan atas talian.
Program ini dengan kerjasama Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka. Tajuk program adalah mengatasi burn out dalam diri yang disampaikan oleh Cik Wan Noradila Binti Wan Mohd Zain Timbalan Pegawai Psikologi, Unit Kuanseling UiTM Cawangan Pahang.
Objektif :
Untuk tujuan pembentukan warga UiTM yang beriman dan bertakwa, maka mahu tidak mahu pengisian program pembangunan warga universiti berbentuk kerohanian sewajarnya perlu terus diperkasakan.
Program ini diadakan seiring dengan Sustainable Development Goals (SDG): SDG 4 (Quality Education), dan SDG 17 (Partnerships For The Goals).
Semoga program ini memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.
Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan