Bengkel Canva Pembantu Tadbir Rekod Jabatan

Tajuk : Bengkel Canva Pembantu Tadbir Rekod (PTRJ)

Tarikh : 28 Februari 2024 (Rabu)

Masa : 9.00 pagi – 1.00 tgh

Tempat : Bilik IT, Perpustakaan Al Bukhari, UiTM Cawangan Pahang.

Unit Arkib Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang telah menganjurkan Bengkel Canva Pembantu Tadbir Rekod (PTRJ). Bengkel ini disampaikan oleh Encik Mat Huzaini Bin Abdul Talib, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat UiTM Cawangan Pahang. Bengkel Canva Pembantu Tadbir Rekod (PTRJ) ini adalah merupakan bengkel Latihan praktikal pembudayaan ilmu dan perkongsian pengetahuan membuat pembentangan yang melibatkan semua PTJ yang telah dilantik .

OBJEKTIF

1. Memberi tunjuk ajar kepada para peserta mengenai penggunaan aplikasi Canva yang kini menjadi ikutan kepada mana-mana jabatan.

2. Dapat menghasilkan slaid pembentangan, poster promosi dan sebagainya dengan cara yang mudah, menarik dan kreatif berbanding dengan aplikasi sedia ada seperti Adobe Photoshop, Powerpoint dan seumpamanya.

3. Penggunaan aplikasi ini juga, peserta tidak perlu membuat instalasi (keperluan hanya pada telefon pintar sahaja) dan boleh digunakan secara atas talian, malah setiap penerbitan yang dihasilkan boleh dikongsikan ke media sosial yang lain seperti Facebook, Twitter, Instagram dan banyak lagi.

Semoga bengkel ini memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply