Program Jalinan Kasih@ Ma’ahad

Tarikh : 25 Oktober 2023

Masa : 9.00 pagi – 5.00 ptg

Tempat : Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Din

Program jalinan kasih (PAB@School) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah menjalankan program khidmat bantu di Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini.

Program yang seiring Sustainable Development Goals (SDG) 17: Partnership for the Goals & SDG 4: Quality Education ini telah berlangsung pada 25 Oktober 2023 melibatkan semua staf Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang .

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara pihak sekolah , Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dan Perpustakaan Al-Bukhari. Selain itu, program ini dijalankan bagi membantu penambahbaikan Pusat Sumber Sekolah dengan memberi nafas baru dari sudut susun atur perabot, koleksi bacaan serta dekorasi dalaman dan luaran Pusat Sumber tersebut.

Jalinan ini bertujuan merapatkan lagi hubungan dua pihak melalui aktiviti dan program yang bakal dijalankan akan datang serta membantu dalam membangunkan potensi kecemerlangan pelajar

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply