Pada 21 Februari 2024 (Rabu), Perpustakaan Cendekiawan Kampus Kuala Terengganu mengadakan Read@UiTM : Ulasan Buku : ‘IQRA’ : Dalam membentuk Manusia Hebat. Perkongsian ini disampaikan oleh Puan Aniza Binti Mohamed, Penolong Pendaftar, HEP UiTMCT Kampus Kuala Terengganu yang dilaksanakan secara bersemuka di Ruang Bacaan Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu dan atas talian melalui Google meet.
Perkongsian ini mengenai buku yang bertajuk ‘IQRA’ : Dalam membentuk manusia hebat mengandungi 8 bab yang menarik mengenai tips menggalakkan membaca, cara dan minat ulama’ dalam membaca, teknik dan kemahiran membaca berkesan dan sebagainya. Seperti tercatat di atas, buku ini sangat penuh dengan ilmu dalam mendidik dan memandu semangat iqra’ bagi setiap insan. Ia juga mengajar kita, untuk mendapat ilmu kita perlu berusaha dan terus berusaha.
Buku ini dimulai dengan penjelasan ringkas tafsir surah al-Alaq, iqra’ kalimah pertama dari wahyu tuhan menandakan bertapa sangat pentingnya membaca dan menambah ilmu ini.
Pengisian program yang disampaikan selama satu jam mendapat maklumbalas yang baik dari peserta terutamanya warga UiTM. Turut hadir pada perkongsian ini ialah Dr Syahrul Hezrin, Penolong Rektor UiTMCT Kampus Kuala Terengganu sebagai tanda sokongan kepada program Read@UiTM.
Semoga perkongsian ini dapat membantu warga UiTM untuk menerapkan minat membaca dalam diri.
Disediakan oleh: Puan Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu