Khamis , 12 Syaaban 1445H, 22 Februari 2024- Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan telah menerima satu Lawatan Panel Mock Akreditasi Program Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (EC220), Kolej Pengajian Kejuruteraan.
Dalam sesi lawatan ini, seramai dua orang panel auditor dan empat orang pegawai pengiring telah hadir untuk menjalankan sesi audit berkenaan yang berlangsung dari Pukul 11.30 Pagi hingga Pukul 12.30 Tengah hari.
Pihak auditor berpuas hati dengan kebersihan, kemudahan dan keselamatan yang disediakan oleh pihak perpustakaan. Pihak kami sangat berbesar hati dengan maklum balas yang diberikan dan bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik pada masa akan datang untuk warga Kolej Pengajian Kejuruteraan.