25 Januari 2024, Khamis – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah mengadakan Kunjung Hormat bersama Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik (TRHEA), UiTM Cawangan Melaka. Program ini telah dijalankan secara bersemuka bermula 3.00 petang sehingga 5.00 petang, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, KPP1, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Program ini telah dihadiri oleh Dr. Mohammad Nor Afandi Ibrahim, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Melaka, Encik Norhazlan Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, bersama 9 orang staf Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka dan 4 orang pelajar Latihan Industri. Program ini mendapat sambutan amat baik dari Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik.
Objektif utama lawatan kunjung hormat ini adalah :
- Menjalinkan hubungan baik dan kerjasama di antara PTAR dan Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Melaka
- Mempromosikan perkhidmatan PTAR UiTM Cawangan Melaka
- Membincangkan dan mendapatkan maklumbalas berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan.
- Perbincangan dua hala kerjasama antara PTAR dan Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Melaka
Sesi Kunjung Hormat dimulakan dengan ucapan penghargaan oleh Encik Norhazlan Nordin kepada Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik di atas kesudian menerima Kunjungan Hormat PTAR, diikuti dengan Taklimat Tadbir Urus Pengurusan PTAR UiTM Cawangan Melaka, pembentangan pencapaian Pelan Perancangan Strategik 2023 PTAR UiTM Cawangan Melaka bagi tahun 2023 serta hala tuju bagi tahun 2024.
Seterusnya diikuti dengan sesi pembentangan dari Unit Arkib Universiti yang disampaikan oleh Cik Ilya Nur Fateen Othman, Pustakawan, dan diikuti dengan pembentangan dari Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi yang disampaikan oleh Puan Shahida Talip, Pembantu Pustakawan Kanan, serta sesi pembentangan Perkhidmatan Perpustakaan Digital dan Perkhidmatan Sokongan Penyelidikan, Pembelajaran dan Rujukan yang disampaikan oleh Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka.
Kunjung Hormat diakhiri dengan perbincangan dua hala kerjasama antara Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Melaka di mana kedua-dua belah pihak terlibat telah mengutarakan beberapa pandangan dan cadangan bagi kemajuan bersama.
Hasil dari Kunjung Hormat ini, dapat mempromosikan perkhidmatan terkini PTAR dalam menyokong usaha pembudayaan ilmu, penyelidikan dan perkongsian pengetahuan serta meningkatkan ketampakan PTAR dalam menyumbang kepakaran kepada warga kampus.
Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak PTAR atas Kunjung Hormat yang telah berjaya dilaksanakan.
Taklimat Tadbir Urus PTAR dari Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka
Sesi pembentangan dari Cik Ilya Nur Fateen Othman, Pustakawan
Sesi pembentangan dari Puan Shahida Talip, Pembantu Pustakawan Kanan
Sesi pembentangan dari Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan
Sesi perbincangan dua hala kerjasama antara Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Melaka
Sesi penyampaian cenderamata dari PTAR kepada Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik sebagai tanda penghargaan
Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan. PTAR Kampus Cawangan Melaka