8 Januari 2024, Isnin – Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka dijemput hadir bagi membuat semakan dokumen dan sesi konsultansi kaedah pelupusan sebelum pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya membuat proses pelupusan.
Sesi ini menerangkan kaedah pelupusan yang boleh dipilih dan mengajar cara mengisi borang penentusahan pemusnahan rekod awam (Borang Arkib 12/08). Selain itu, pihak BPSM juga perlu menghantar laporan bergambar (sebelum, semasa & selepas) pelupusan.
Semoga melalui konsultansi seperti ini ianya dapat menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM.
Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah