Majlis Menandatangani Dokumen Memorandum Persefaham (MoU) telah diadakan bersama pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah, di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Sabah pada 19hb Januari 2024 bagi program Peneraju Borneo Skil Azam Sabah.
Yayasan Peneraju bersama pihak UiTM Sabah serta Yayasan Sukarelawan Siswa melihat kolaborasi ini sebagai platform untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada ekonomi setempat, meningkatkan taraf pendapatan, dan seterusnya menjadi sebahagian dari komuniti Bumiputera berpendapatan tinggi.
Program pembangunan komuniti ini ditawarkan khusus kepada warga Bumiputera Sabah melibatkan latihan peningkatan kemahiran TVET dalam usaha membangunkan modal insan menerusi pembangunan ekonomi dalam komuniti dan kearifan tempatan.
Majlis tersebut diwakili oleh YBrs Encik Ibrahim Sani, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, YBrs Prof Madya Dr Rozita @ Uji Mohammed, Rektor UiTM Sabah sambil disaksikan oleh Encik Azrul Izwan, Ketua Unit Kolaborasi & Pembangunan dan YBrs Ts Dr Viduriati Sumin, Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni.
Editor : Sharmila Binti Tawakkal, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR Sabah