Bengkel “Speed Reading” telah dilaksanakan pada 13 November 2023 bertempat di Makmal Komputer Blok D, UiTMCTKKT anjuran Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) Kampus Kuala Terengganu bersama Unit latihan. Bengkel yang dijalankan selama 2 jam pada pukul 10.00 pagi – 12.00 tengahari melibatkan 15 orang staf pentadbiran. Perkongsian ini disampaikan oleh En Faizulkarnian (Pembantu Pustakawan Kanan) dan dibantu oleh Puan Salwa Munira dan Puan Mazliza.
Bengkel ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan serta penerangan mengenai asas kemahiran dan beberapa teknik bacaan pantas. Ia juga menerangkan penggunaan teknik bacaan yang betul bagi meningkatkan tahap pembacaan seseorang serta menjimatkan masa.
Selain itu, beberapa latihan turut dilaksanakan semasa program berlangsung bagi memberi gambaran yang jelas mengenai Bacaan Secara Pantas atau “Speed Reading”.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. Di samping itu, menyokong dan menyeru warga kampus dalam Kempen Galakan Membaca. Ia juga seiring dengan sasaran Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG ke-4 iaitu Pendidikan Berkualiti.
Disediakan oleh: Cik Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu