Selasa, 28 November 2023 telah berlangsung pertandingan Kaligrafi (Tulisan Arab) anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban dengan kerjasama Kelab Nadi Arab Kampus Seremban.

Pertandingan Kaligrafi (Tulisan Arab) diadakan di Ruang Legar PTAR Kampus Seremban. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pelajar UiTM Kampus Seremban.


