Khamis, 30 November 2023, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Seremban dengan kerjasama Akademi Pengajian Bahasa Kampus Seremban telah mengadakan Pertandingan Chinese Paper Cutting sempena Open Day PTAR 2023.

Pertandingan ini merupakan suatu bentuk seni kreatif yang membolehkan pelajar mempamerkan visi artistik mereka yang unik. Pertandingan ini boleh membawa kepada inovasi dalam seni kreatif dan pendedahan gaya baharu.


