FIFA23 Tournament merupakan satu pertandingan inisiatif kerjasama di antara Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Seremban dan Persatuan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FoSRec) sempena Open Day PTAR 2023.

Pertandingan ini terbuka kepada semua staf dan telah berlangsung selama 3 hari bermula pada Selasa, 28 November 2023 sehingga Khamis, 30 November 2023.

Antara objektifnya adalah untuk memupuk semangat daya saing dalam kalangan pelajar disamping mendorong perkembangan kemahiran professionalisme dalam permainan e-sukan.


