PROGRAM OPEN DAY PTAR 2023 KAMPUS SEREMBAN

Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Kampus Seremban dengan kerjasama Akademi Pengajian Bahasa UiTM Kampus Seremban, Kelab PTAR Buddies UiTM Kampus Seremban, Kelab Nadi Arab UiTM Kampus Seremban, Kelab DeMath UiTM Kampus Seremban, FoSRec UiTM Kampus Seremban dan pelajar Fundamental Entrepreneurship (ENT300) telah mengadakan Program Open Day PTAR 2023 pada 28 , 29 dan 30 November 2023.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Program Speed Reading, Pertandingan Read and Seek: The Library Adventure, Pertandingan BookTok: Healing With Book, Pertandingan Kaligrafi (Tulisan Arab), FIFA23 Tournament, Mobile Legends (MLBB) E-Sport Tournament serta cabutan bertuah kepada pengunjung perpustakaan. Di samping itu, program ini juga turut disertai oleh agensi badan kerajaan, pihak swasta dan Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Kampus Seremban bagi mengadakan Reruai Pameran di Ruang Legar PTAR Kampus Seremban.

Reruai pameran dari Jabatan Perpaduan Negara & Intergrasi Nasional Cawangan Seremban
Reruai Pameran dari Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Kampus Seremban

Selain itu, PTAR Kampus Seremban juga mengadakan booth Penjilidan Memo Pad bagi memberi pendedahan teknik penjilidan Memo Pad kepada para pengunjung. Para pengunjung berpeluang menghasilkan Memo Pad sendiri dengan menggunakan barang keperluan yang mudah didapati seperti kertas A4, gam, tisu, dan pembaris.

Demo Penjilidan Memo Pad oleh Pembantu Pemuliharaan PTAR Kampus Seremban, En. Bob Khairi Razali.

Program yang dijalankan selama tiga hari ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga kampus. Tirai program ditutup dengan Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah oleh Dr. Mohd Shariman bin Shafie, Penolong Rektor Universiti Teknologi Mara Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban kepada para pemenang pertandingan yang telah dianjurkan.

Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah oleh Dr. Mohd Shariman bin Shafie, Penolong Rektor Universiti Teknologi Mara Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban

Semoga dengan adanya Program Open Day PTAR seperti ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar terutamanya dalam memberi pendedahan mengenai bahan bacaan yang boleh didapati di perpustakaan dan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh pihak PTAR Kampus Seremban.

Avatar photo
Syaiful Hisyam Saleh PTAR Seremban 3 N. Sembilan

Leave a Reply