Rabu, 29 November 2023, telah berlangsung program Muraja’ah Kitab : Bicara Buku Bersama Penulis Dr. Ahmad Kamel bin Saleh, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kotemporari UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban sempena Open Day PTAR 2023.

Buku yang bertajuk 7 Golongan Dinaungi Arasy ini memberi banyak manfaat kepada peserta yang menyertai sesi perkongsian ini. Program ini berlangsung selama 1 jam secara fizikal bertempat di Library Community Engagement (LCE) PTAR Kampus Seremban dan menerusi live di aplikasi youtube PTAR Kampus Seremban.


