Read@UiTM : Ulasan Buku : Joy at Work

Pada 30 Oktober 2023 (Isnin), Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu telah menganjurkan program Read@UiTM : Ulasan buku yang bertajuk Joy at Work . Perkongsian ini disampaikan oleh Dr Nurul Ainina Redwan , Pensyarah Kanan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu yang dilaksanakan secara bersemuka di Ruang Bacaan Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu dan atas talian melalui Google meet.

Perkongsian ini mengenai cara atau tips untuk bekerja dengan gembira dan bersemangat. Terdapat pelbagai cara untuk memulakan hari bekerja dengan seronok tanpa memikirkan masalah yang akan berlaku. Ia juga membantu kita cara untuk mengelakkan toxic people dalam kehidupan terutamanya dalam perlaksanaan kerja harian.

Selain itu, pelbagai tips dan kaedah yang turut dikongsi bagi menaikkan mood dan bekerja dalam persekitaran yang sihat. Semoga perkongsian yang menarik ini dapat memberi galakan dan dorongan untuk bekerja dengan bersemangat dan cemerlang kepada warga UiTM.

Pengisian program yang disampaikan selama satu jam mendapat maklumbalas yang baik dari peserta terutamanya warga UiTM. Semoga perkongsian ini dapat membantu warga UiTM untuk terus bekerja dengan gembira dan mendapat memanfaatkan ilmu yang dikongsi sepanjang program.

Read@UiTM yang dilaksanakan ini dapat menyokong kepada sasaran Sustainable Development Goals (SDG) antaranya SDG-4 iaitu Quality Education. Ia juga dapat menyokong kempen Galakan Membaca di kalangan IPT

Disediakan oleh: Cik Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply