Read@UiTM: Bicara Buku : Lonjakan Kuantum Daripada Fizik Ke Politik Sebuah Autobiografi

Pada 30 Ogos 2023 (Rabu), Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu telah menganjurkan Read@UiTM mengenai Bicara Buku yang bertajuLonjakan Kuantum Daripada Fizik Ke Politik Sebuah Autobiografi yang disampaikan oleh Puan Farizawani binti Ab Ghani yang merupakan Pensyarah Kanan, UiTMCT Kampus Kuala Terengganu. Program ini dijalankan secara bersemuka di Ruang Terbuka Perpustakaan Cendekiawan Kampus Kuala Terengganu dan Google Meet.

Program ini dilaksanakan bagi memberi galakan kepada warga UiTM untuk berkongsi dan bercerita mengenai buku yang dipilih secara bersemuka. Ini juga untuk menerapkan minat membaca dalam kalangan warga UiTM terutamanya para pelajar. Bicara buku ini menumpukan pendapat atau pandangan dari sudut pembaca mengenai buku tersebut.

Bicara Buku yang dilaksanakan selama sejam mendapat maklumbalas yang baik dari semua peserta. Program ini juga dapat mengeratkan ukhwah antara warga UiTM tak kira pangkat atau bangsa.Perlaksanaan Read@UiTM juga memberi dorongan dan menyunting semangat bagi menyokong kempen Galakan Membaca di kalangan warga Universiti.

Program ini juga dapat menyokong kepada sasaran Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG ke-4 iaitu Pendidikan Berkualiti. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua warga UiTM.

Penulis: Cik Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply