SPEED READING @PTAR: THE ULTIMATE GUIDE

Pada 21 Jun 2023, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub telah mengadakan program “Speed Reading: The Ultimate Guide ” bersama instruktor Speed Reading, Pustakawan, Cik Muniratul Husna Mohamad Zaki dari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka bersama pelajar-pelajar Diploma Pentadbiran Awam (AM110) Fakulti Sains Pentadbiran Dan Pengajian Polisi bagi subjek ‘Intergrated Language Skills’ (ELC) seramai 25 orang daripada UiTM Kampus Raub.

Objektif program ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan teknik pembacaan pantas dan memupuk warga UiTM dalam bidang pembacaan dan galakan membaca serta mempergiatkan budaya ilmu di dalam kampus.

Kemahiran ini memerlukan kombinasi keupayaan visual dan keupayaan kognitif individu sewaktu membaca. Sewaktu pembacaan dilakukan, individu akan bertindak balas terhadap dua proses iaitu kepantasan membaca dan memahami isi bacaan. Bacaan pantas berfungsi memantau secara sepintas lalu bahan bacaan yang ada dihadapannya dan dalam masa yang sama memilik kemampuan memahami apa yang berlaku.

Selain itu, program ini mampu meningkatkan keyakinan diri peserta ketika membaca serta memupuk minat membaca dan menggalakkan aktiviti pembacaan di kalangan peserta serta membina kompetensi pembacaan.

Modul turut menawarkan teknik kawalan pergerakan mata yang betul (Fixation Exercise), dan latihan minda (Brain Gym) bagi meningkatkan tahap kawalan minda yang aktif sewaktu proses membaca. Latihan, penilaian dan kuiz persepsi (Perception Quiz) secara intensif turut disediakan buat peserta.

Mohd Anwar bin Hassim Per. Al-Bukhari Raub Pahang

Leave a Reply