Open Day Archive


Al-Bukhari UiTM Cawangan .
Program ini bertujuan menyokong sambutan Hari Arkib Sedunia yang disambut setiap tahun .

Program ini bertujuan untuk :
1 Menyokong Perancangan Strategi Perpustakaan UiTM 2023, berdasarkan
agenda Globally Marketable – Turning Globally Marketable Staff

2 Mempromosikan peranan Unit Arkib Cawangan, UiTM Cawangan Pahang
kepada warga Kampus.

3 Memberi kesedaran kepada warga Kampus bagi memelihara dan
memulihara rekod penting UiTM.

4 Menjadi pusat rujukan bahan-bahan bernilai arkib kepada warga Kampus
UiTM Cawangan Pahang, selain memperkenalkan kepada warga Kampus
mengenai lima belas (15) jenis Rekod Penting Universiti.

5 Menyokong KPI 3: Bilangan Rekod Penting Universiti.

Program ini dirasmikan oleh En. Mohammad Khair bin Mohd. Seni
Timbalan Pendaftar Kanan. Program diteruskan dengan Pengkisahan Sejarah UiTM Cawangan Pahang bersama moderator, Puan Hajah Sopiah Binti Jamin Mantan Timbalan Pendaftar Kanan UiTM Cawangan Pahang atas sesi pengkisahan. Semoga apa yang disampaikan memberi pengetahuan kepada semua.

Pameran juga turut disediakan untuk para pengunjung melawat bagi mempamerkan bahan-bahan sejarah. Pameran ini adalah kerjasama dengan Arkib Negara Malaysia Negeri Pahang.

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply