Tajuk: Lawatan Penanda Aras
Tarikh: 12 September 2023 (Selasa)
Masa: 3.00-5.00 petang
Tempat : Universiti Malaysia Pahang Pekan
Perpustakaan Al-Bukhari UiTM, Cawangan Pahang Kampus Jengka telah mengadakan satu Lawatan Penanda Aras di Universiti Malaysia Pahang melibatkan seramai lima belas orang (15) staf dan lima (5) orang pelajar Latihan industri.
Lawatan penanda arasan ini diketuai oleh Puan Hajah Rosnita binti Ja’afar, Timbalan Ketua Pustakawan yang turut disertai oleh Encik Mohd Fadhli b. Samsudin, Pustakawan Kanan dan Cik Muniratul Husna Mohamad Zaki, Pustakawan.
Objektif penanda arasan tersebut adalah
1. Perkongsian ilmu pengetahuan, kemahiran, amalan terbaik dan pengalaman di antara staf Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang dengan staf Perpustakaan yang dilawati.
2. Dapat mempelajari sesuatu perkhidmatan yang baru dan terkini dari Perpustakaan yang terbabit agar dapat mencerna minda dan idea untuk diaplikasikan di Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang.
3. Bagi melihat suasana tempat kerja dan ruang serta inovasi (EKSA) yang digunakan di dalam Perpustakaan yang dilawati.
4. Mengadakan jalinan hubungan dan kerjasama yang lebih erat di antara Perpustakaan yang terlibat bagi melancarkan urusan dan proses kerja
5. Merupakan salah satu alternatif bagi meningkatkan pengetahuan dalam bidang tugas masing-masing secara langsung.
6. Menjadikan lawatan ini sebagai satu mekanisma bagi membuka minda yang sihat antara Perpustakaan yang terlibat untuk lebih bersemangat dalam meningkatkan lagi personaliti, imej dan kualiti kerja staf perpustakaan.
Semoga lawatan penanda arasan dapat mengeratkan ukhwah di antara kedua belah pihak untuk terus bekerjasama dipelbagai program di masa akan datang.
Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan