Community Outreach Programme

đź“šEDU FUN GAMES-CSR KAMPUNG PAGIđź“š

🗓️Tarikh: 8 September 2023

⏱️Masa: 9:00 a.m. – 12:00 p.m.

đź“ŤTempat: SK Kampung Pagi 27020 Jerantut, Pahang

Program ini disertai oleh murid darjah 1 sehingga darjah 6 di SK Kampung Pagi. Pelbagai aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut bagi menguji kefahaman murid disamping kesungguhan untuk menghafal. Aktiviti yang dijalankan ini amat bersesuaian dengan agenda pendidikan di Malaysia kerana dapat menarik minat murid untuk hadir ke sekolah. Walaupun sekolah ini terletak sedikit pedalaman, ianya tidak mematah semangat anak murid di sini untuk terus menimba ilmu. Kesungguhan para guru juga patut diberi kredit sehinggakan sanggup berkorban demi anak murid di sini. Kami sertakan sedikit gambaran suasana atau keadaan di sekolah ini. Sungguhpun tidak ramai murid, ianya dapat memberikan pendedahan yang cukup baik kepada anak murid di sini. Kerjasama semua pihak termasuk pihak ibu bapa di sini menjadikan anak mereka akan dapat mencipta kejayaan tidak kira apa jua bidang yang akan diceburi. Diharapkan moral anak-anak di sini akan meningkat naik dengan adanya program-program seperti ini sehinggakan ianya boleh menjadi salah sebuah program tahunan kepada anak murid di sini. Kami sertakan senarai aktiviti yang telah dilakukan oleh pihak kami bagi memupuk semangat cinta akan ilmu terutamanya isi-isi kandungan yang terdapat di dalam buku.

Antara program yang kami jalankan ialah:

🔶Celik Maklumat: Get to know Your Book

🔶 Sesi literasi maklumat untuk mengenali buku. Sesi disampaikan oleh Cik Muniratul Husna. Antara jenis buku yang diperkenalkan adalah fiksyen, bukan fiksyen, dan ensiklopedia. ———————————————

🔶Sesi Membaca

🔶 Setiap kumpulan diberikan 1 judul buku untuk dibaca dan difahami bersama. ———————————————

🔶Perbincangan Dalam Kumpulan

🔶 Setiap kumpulan perlu menghasilkan pembentangan dari buku yang dibaca sama ada melalui penceritaan semula, lakonan, pantonim, dan lain-lain.

Tidak sah sekiranya tamat program tidak mempunyai hadiah untuk disampaikan. Sesi yang terakhir yang pasti ditunggu-tunggu oleh peserta semestinya penyampaian hadiah. Penyampaian hadiah ini telah disampaikan oleh guru besar SK Kampung Pagi iaitu penyerahan hadiah kepada peserta. 3 kumpulan terbaik telah menerima hamper dan peserta terbaik menerima hadiah berbentuk alat tulis. Walaupun hadiahnya tidaklah begitu mewah akan tetapi keseronokkan terpancar diwajah anak murid yang terlibat. Peserta begitu teruja menerima hadiah hasil daripada kesungguhan mereka menyertai aktiviti yang diadakan ini. Diharapkan setiap pengisian di dalam program ini membuahkan hasil kepada sistem akademik mereka di sekolah ini. Sekian terima kasih dari warga PAB.

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply