Pada 13hb September 2023 (Rabu), Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan (PKEJ) telah berbesar hati menerima rombongan Lawatan sambil belajar seramai 33 orang pelajar cilik dan 3 orang guru dari Tadika dan Taman Asuhan Kanak- Kanak (TTAUiTM) Universiti Teknologi MARA.
Lawatan sambil belajar merupakan aktiviti luar kelas yang dapat memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar meneroka dunia persekitaran luar bersama guru dan rakan sebaya.
Lawatan bermula pada jam 10 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari dengan ketibaan belajar dengan bas UiTM, bepakaian lengkap baju sukan Tadika, berkasut sukan dan bergerak dalam Kumpulan.
Rombongan disambut dengan meriah oleh staf Perpustakaan dan jelas kelihatan diwajah kanak-kanak tersebut, kegembiraan dan keterujaan apabila sampai ke ruang legar perpustakaan. Puan Rizana Mohd Radwan selaku Ketua Perpustakaan Kejuruteraan telah memberi taklimat ringkas bersesuaian dengan kefahaman dari pelajar cilik tersebut. Turut mengiringi rombongan adalah Guru Besar TTAUiTM iaitu Cikgu Miera, Cikgu Fie dan Cikgu Ina. Program 2 jam ini dijalankan pada musim cuti semester dan tiada pengunjung pada waktu tersebut.
Pihak PKEJ telah menyediakan beberapa aktiviti pembelajaran yang bersifat pembelajaran sepanjang hayat. Antaranya adalah pertandingan mewarna bertemakan Hari Kemerdekaan, pintar Bahasa, pertandingan bercerita dan sembang santai. Menerusi pelbagai aktiviti kebahasaan ini, semua peringkat dilibatkan dari kejasama staf PKEJ, guru Tadika dan Pelajar sendiri diharapkan dapat menyokong kepada Dekad Membaca Kebangsaan. (DMK) Pelajar didedahkan dengan tumpuan membaca untuk pengetahuan dan pembudayaan amalan membaca bagi membentuk masyarakat berilmu bertaraf dunia.
Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Mewarna dan Pertandinga Membaca.