PTAR Alam Bina telah mengadakan program Jom Baca 10 Minit pada 23 April 2025 dengan penyertaan seramai 28 orang peserta. Program ini dijalankan secara ringkas dan santai sebagai galakan kepada warga kampus untuk meluangkan sedikit masa dengan aktiviti pembacaan.
Program ini turut dilaksanakan serentak di seluruh negara bersama pelbagai agensi dan institusi di Malaysia sebagai sebahagian daripada usaha menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Peserta mengambil peluang membaca bahan pilihan masing-masing sepanjang tempoh program berlangsung dalam suasana yang santai dan teratur.
PTAR Alam Bina turut merakamkan penghargaan kepada para pelajar Fakulti Alam Bina yang memberikan kerjasama baik serta menunjukkan penyertaan yang aktif dan bersemangat sepanjang program dijalankan.


