SHAH ALAM, 5 September 2023 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah dijadikan lokasi penjurian Anugerah Nilam daerah Klang selama 4 hari berturut-turut bermula 5 September 2023 anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang, Selangor.
Proses penjurian yang diadakan di Ruang Bicara, PTAR turut melibatkan staf PTAR berikut:
- Puan Eza Eliana binti Abdul Wahid
- Puan Nurul Aida Noor Azizi
Seramai 20 orang terdiri daripada barisan juri dan peserta daripada sekolah dalam daerah Klang terlibat dengan program penjurian ini.