Bengkel Pendaftaran dan Verifikasi Bahan Penerbitan di Sistem PRIME

6 September 2023, Rabu – Unit Jurnal dan Penerbitan Universiti (JPU) Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI) UiTM Cawangan Melaka dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah  telah menganjurkan Bengkel Pendaftaran dan Verifikasi Bahan Penerbitan di Sistem PRIME secara atas talian melalui platform Online  Webex. Taklimat ini bermula seawal jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi, disertai seramai 60 orang peserta terdiri dari Penyelidik UiTM Cawangan Melaka.

Pada sesi kali ini, taklimat sepenuhnya disampaikan oleh Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah dengan dibantu oleh Dr. Raihah Aminuddin, Pensyarah Kanan, Penyelaras Data Penerbitan, Unit Jurnal Penerbitan Universiti (JPU), Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Cawangan Melaka selaku moderator.

Setinggi terima kasih diucapkan kepada Unit Jurnal dan Penerbitan Universiti (JPU) Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI) atas jemputan serta Cik Hazlin Ibrahim Khan yang sudi menyampaikan taklimat. Semoga warga penyelidik UiTM Cawangan Melaka terus cemerlang seterusnya menghasilkan penyelidikan yang berimpak tinggi.

Cik Hazlin Ibrahim Khan sedang memberi taklimat kepada peserta

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan. PTAR Kampus Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply