Bengkel Penulisan (Mentoring Program) Sains Sosial

KOTA SAMARAHAN, 29 OGOS 2023 – PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah menganjurkan Bengkel Penulisan (Mentoring Program) Sains Sosial bertempat di Ruang Legar Aras Bawah PTAR Kampus Samarahan 2. Program ini adalah anjuran bersama Unit Penulisan dan Penerbitan UiTM Cawangan Sarawak dan telah dihadiri oleh staf akademik UiTM Cawangan Sarawak.

Penceramah jemputan bagi program ini adalah Profesor Dr. Corina Anak Joseph (Pensyarah UiTM Cawangan Sarawak). Objektif penganjurannya adalah bertujuan untuk memenuhi aspirasi Universiti dalam penghasilan penerbitan berimpak tinggi seiring dengan usaha Universiti menyokong Agenda Globally Marketable 2023 UiTM yang ketiga (3) iaitu World Class Faculty Member.

Disamping itu ia juga bertujuan untuk memperkenalkan bidang penulisan kepada pensyarah-pensyarah baru dan yang belum pernah menghasilkan penulisan dengan memberi pendedahan mengenai tips dan kriteria penulisan yang baik.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir.

Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply