Pada 3 Ogos 2023, staf Unit Arkib UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) telah membuat sesi lawatan dan kunjungan ke Galeri Melayu Pulau Pinang dan Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara. Lawatan ini telah disertai oleh Puan Farleen Azrina Zamberi (Pustakawan Kanan), Puan Zuriada Basir (Pembantu Pustakawan Tertinggi), Encik Mohd Roslan Rosli (Pembantu Pemuliharaan Kanan) dan Encik Muhammad Bukharie Hamzah (Pembantu Pemuliharaan).
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan warisan di Pulau Pinang serta mendapatkan khidmat nasihat serta pandangan mengenai penyediaan pameran bulan kemerdekaan Malaysia.
Galeri Melayu Pulau Pinang yang terletak di Jalan Hutton turut dikenali dengan nama Rumah Teh Bunga dan ianya dibina sekitar tahun 1893. Dalam sesi lawatan ini, staf Unit Arkib UiTMCPP telah dibawa melawat beberapa galeri yang berbeza yang mempamerkan aktiviti perdagangan, agama, adat resam, barang kemas dan cara hidup orang Melayu Pulau Pinang. Rombongan kemudiannya singgah ke Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara yang terletak di Kompleks Pustaka Warisan Negeri, Jalan P. Ramlee yang merangkumi tapak rumah tempat kelahiran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Disediakan oleh : Rafidah binti Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan